Sabtu, 25 Januari 2014

Mohon PM NAJIB Bin RAZAK Insaf

MINTA² KEPADA KAWAN² SEMUA ... BACA LAAAH ... BUKAN SAJA² NAK POST NI !!! DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN .. ALLAHHUAKBAR !!!

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan !! Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!         
Injil telah dicetak & di edar ...         
IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan Beragama ...          Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi ...         
BERDOLAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

Tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam) ....          Gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA        

Baca sama-sama ...       
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah ni ??
Patutlah ada yang kata tak nak ada anak.         
Bukan takut nak beranak, tapi takut          ada anak yang terpesong akidah .. Baik tak ada langsung !!         
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan          membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang          terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah S.W.T. kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.         
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM ?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung          dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.         

Antaranya:         
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan          mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'... Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.         
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum          identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu, depa  minta di'tiada'kan.         
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.         
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,          mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.       
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.         
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat          hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.         
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -     mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni          bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana ?... Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar         
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya          dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.         
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.         
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang  ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.         
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.         
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di          Malaysia? ... Lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.      

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri ?... Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa ?... Depa kata kat Mufti Perak, ''Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded          langsung!'' ... Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',          katanya, ''Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!''...         
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,          macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!          -------------------------------------------------------------------------         

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar          berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja          mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak          yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil          daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.          Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa          nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak          cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah          Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi          sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum          selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir          al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)         
Allahua`ala `alam.  

27 SEPTEMBER 2007    
**SIAPA YANG BACA ARTIKAL NI 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM copy paste je ...          Allahhuakbar !! nauzubillahiminzalik !!!

Ahad, 12 Januari 2014

Kerajaan BN Prihatin

Uihh ~ Pagi tadi riuh pasal sayur kangkung. Mulanya aku heran juga.. Dah kenapa tiba-tiba kecoh pasal kangkung ni.. Sampai famous nama kangkung di seluruh Malaysia. Rupa-rupanya, PM kesayangan macai dah turunkan harga kangkung.. Alahai Pak Jib.. Kalau kangkung tu boleh jadi minyak takpalah juga....... Boleh juga kenderaan bergerak. Padahal kangkung tu boleh petik dari mana-mana parit. Tak payah beli pun tak apa. Konon nak jadikan rakyat Malaysia vegeterian lettuw...... kikiki!! Tak apalah Pak Jib, satu usaha yang murni tu.. Jangan risau, rakyat Malaysia sokong sangat-sangat!

Apa kata lepas ni Pak Jib turunkan harga minyak pula.. Comfirm rakyat semua tambah sayang dekat Pak Jib.. kahkahkah!! Setakat sayur kangkung .. alahai Pak Jib .. Tapi tak apalah .. Syukur dengan ketentuan Ilahi. Syukur Malaysia aman damai. Syukur dapat PM yang prihatin dengan rakyatnya. Melayu disuap dengan kangkung dan judi agar ekonomi mereka meningkat. NGO yang menerima dana hasil judi kekal bisu. Walaupun kangkung dah murah, tapi belacan masih mahal... Kami tak cukup bajet nak makan Kangkung Belacan lagi.....

Punca kenaikan harga barang dan lain-lain adalah disebabkan kangkung... Diharap usaha kerajaan menurunkan harga kangkung dapat membuatkan harga keperluan asas yang lain juga turun termasuklah harga minyak dan tol. Harga kangkung turun juga adalah bukti kerajaan BN prihatin terhadap warga miskin... Bangganya dengan BN kerana memerintah negara!!! Dengan kurangnya harga kangkung.... Tu baru permulaan... Yang lain akan menyusul. Syukurlah sikit............

Berikut adalah pantun Kangkung:

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung di tepi paya,
Balik dari menyabung,
Tengok Rosie dah bunuh Tuya.

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung di tepi titi,
Rakyat kena bohong,
UMNO bagi GST.

Lenggang-lenggang kangkung,
Lenggang di tepi paya,
Harga barang melambung,
Kita makan nasi sahaja.

Makan kangkung sambil cangkung,
Terima kasih macai yang menyokong, Dapat pemimpin yang sombong,
Hutang negara kita yang tanggung.

SALAM 1 KANGKUNG !!!

BLACK 2014

Tujuh Janji UMNO-BN telah ditunaikan iaitu dengan MENYIKSA RAKYAT dengan pelbagai kenaikan harga ;

1) AES untuk jaga nyawa rakyat
2) harga GULA naik rakyat kena diabetis
3) GAJI minima untuk barang Naik
4) PTPTN untuk ajar anak-anak berhutang
5) TOL dikekalkan untuk jamin mutu jalan
6) KLINIK 1MALAYSIA untuk rawat tension rakyat
7) BR1M untuk rasuah rakyat Undi BN

TERKINI!!!

- Petrol NAIK
- Tarif elektrik NAIK
- Harga rumah NAIK
- Insurans NAIK
- Astro NAIK
- Tambang bas NAIK
- Tambang LRT/KTM NAIK
- Tambang bas sekolah NAIK
- Tambang teksi NAIK
- Cukai hartanah NAIK
- Harga makanan asas NAIK
- Barangan keperluan sekolah NAIK

Sekarang darah rakyat juga akan NAIKKK!!!

**gaji tak naik-naik pun .. kikiki !!
 
#manifesto BN membaham rakyat


ISA Undang-Undang Kejam !!

ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun. Untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada. ISLAM sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan;

menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

Ini yang disyorkan oleh ISLAM. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil. Masalahnya, ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.
Saya sifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali ISA ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap. Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?

- eddie_john


Rakyat Dan Timun Yang Digolek-Golek

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..

- rakyat dan timun yang digolek-golek -


BERITA BAIK! JOM MOHON BANTUAN ZAKAT

Salam sahabat semua,

Sesiapa ada anak tadika, adik-adik di sekolah rendah,
menengah dan student belajar universiti boleh mohon
bantuan pendidikan di LZS sekarang.

Syarat bantuan (PENDAPATAN KASAR) :
Sekolah Tadika-Menengah : Income family <RM4000
Universiti : Income family <RM6000
Jumlah Bantuan:
Tadika : RM50.
Sekolah Rendah (Agama RM75. Kebangsaan RM75)
Sekolah Menengah (Biasa RM125. Agama RM125)
Universiti DALAM NEGARA SAHAJA (dapat pinjaman atau tidak
boleh mohon):
Sijil : RM500
Diploma : RM700 (tak dapat bantuan mana-mana). RM500 (ada
loan)
Degree : RM1000 (tiada loan mana-mana). RM700 (ada loan)
Master : RM1000
PHD : RM2000

Ini merupakan one-off payment yang boleh mohon SETAHUN
SEKALI sahaja. Ia dalam kategori asnaf fi-sabilillah.
Bantuan adalah untuk ringankan beban dan bukan nak
support sepenuhnya yuran-yuran tersebut.

*Borang PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT boleh download di:

http://www.e-zakat.com.my/borang/

atau pergi ke
kaunter LZS yang berhampiran.
Mohon jasa baik sebarkan info ini kepada sahabat-sahabat kita
yang memerlukan!! Rakan-rakan ofis, geng surau,
saudara mara, penduduk kampung dll. Insyaallah anda
dapat pahala dengan bantu meringankan beban mereka. 


Ketawa Penawar Duka, Pengubat Sengsara Peningkatan Kos Sara Hidup

Bacaan Umum
11 Januari 2014

Ketawa Penawar Duka, Pengubat Sengsara Peningkatan Kos Sara Hidup

Malam tadi, seperti malam hari jumaat sebelumnya, tercegatlah kami sekeluarga di depan tv menonton Maharajalawak Mega. Hiburan ringan ini sedikit sebanyak melegakan perasaan stress di tempat kerja. Gelak tawa yang terhasil dari persembahan peserta Maharajalawak Mega mampu melampias keletihan sepanjang minggu.
Faktanya, kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika kita ketawa, jadi peluang untuk ketawa ini jangan dilepaskan.
Kerana itu juga kita melihat di celah mana-mana sudut dalam laman sosial, 'trolling' sering menjadi trending yang besar. Setiap gambar berangkai yang mengajuk kata-kata menteri dan ahli politik atau fatwa songsang mufti sebagai contohnya, pasti membuatkan anda tersenyum. Malah saya percaya setiap kali kita membuka laman sosial facebook, kita akan ternanti trolling baru merentasi ruangan suapan berita.
Benarlah tawa itu penawar duka. Selain peserta Maharajalawak Mega, para menteri, para pegawai kanan polis, para mufti dan juga termasuk Perdana Menteri dan timbalannya sering mengeluarkan kenyataan yang mempunyai nilai komidi, lebih-lebih lagi Zahid Hamidi.
Di sebalik ajukan yang menggelikan hati, hadir pula komen-komen berani dari anak muda menokok-nambah rencah bahan tawa. Memperlekeh kenyataan menteri menjadi sesuatu yang sangat cool hari ini, menjadi ikutan dan hiburan di laman sosial.
Berbalik kepada hiburan Maharajalawak Mega tadi malam, sesuatu yang agak mengejutkan berlaku. Ingin saya mengaku di sini bahawa sejak sekian lama pelawak bernama Nabil selalu menjadi pilihan dan sokongan pihak saya. Bukan kerana beliau sering mempromosi bahaso nogori yang menjadi bahasa hometown saya, tetapi kerana kehebatan beliau beraksi seorang diri. Tidak mudah menjayakan standing comedy, tetapi Nabil cukup berjaya dengan usaha yang gigih menjadi penghibur tanahair.
Namun bukanlah Nabil yang mengejutkan saya. Kejutan telah dibuat oleh sebuah kumpulan bernama SYJ, mungkin sahaja singkatan dari nama ahli kumpulan tersebut iaitu Syuk, Yassin dan Jihan. SYJ mengejutkan banyak pihak termasuk mendapat sorakan spontan para penonton, komen juri yang memuji tindakan mereka dan seterusnya mengundang pelbagai komen di laman sosial. Semuanya positif, semuanya menyokong SYJ.
Ironinya, daripada persembahan kumpulan SYJ itu, mereka bukan sahaja terselamat dari tersingkir malah kedudukan dalam carta menunjukkan peningkatan yang mendadak, mereka tidak berada di kedudukan tiga tercorot dalam pertandingan Maharajalawak Mega minggu ke sembilan. Kepada sesiapa yang mengikuti siaran Maharajalawak Mega, pasti sedar kejutan tersebut dan mungkin bersetuju dengan tindakan mereka.
Kumpulan SYJ merupakan satu-satunya kontenden yang sanggup membahayakan kedudukan mereka dalam dunia hiburan apabila menyelitkan jenaka troll kenaikkan harga petrol, dan terus menyindir kerajaan apabila mengumumkan satu-satunya penurunan yang berlaku adalah penurunan dividen ASB (berbanding pelbagai kenaikan yang membeban rakyat).
Difahamkan juga ini bukan kali pertama SYJ menerapkan isu semasa dalam jenaka mereka. Apa yang ditonjolkan oleh kumpulan SYJ malam tadi adalah satu bentuk sokongan kepada rakyat dan gerakan pendesak penurunan kos sara hidup. Harus menjadi kesedaran semua betapa isu kos sara hidup yang melambung adalah isu sebenar, bukan isu pertelingkahan agama. Tindakan SYJ membakar isu ini adalah terpuji dan wajar mendapat sokongan ramai.
Tahniah kumpulan SYJ. Walaupun saya peminat Nabil, namun undi saya selepas ini adalah untuk SYJ dan saya yakin ramai di antara kita yang akan ambil keputusan sama. Undi saya adalah untuk mereka yang bersama rakyat, undi saya ialah untuk mereka yang sanggup membawa isu rakyat walaupun sedar tindakan tersebut mengundang 'gam' pihak berkepentingan. Penguasa ini tidak perlukan alasan untuk menutup periuk nasi orang seni yang tidak memihak kepada mereka, ini pernah berlaku dan terus berlaku.
Kumpulan SYJ menjalankan peranan mereka dengan risikonya tersendiri, maka kita di sini juga harus berperanan menjadi pendesak utama. Jika kita terlepas aksi 50 ribu #RPDM31D, berjanjilah bahawa kita tidak akan melepaskan lagi peluang pada masa akan datang, dengan berani menuntut kos sara hidup diturunkan, atau pemerintah zalim itu dihumban!
Semoga kumpulan SYJ menyelitkan lagi isu-isu rakyat dalam jenaka mereka agar ia mampu menyedarkan lebih ramai di luar sana. Saya berdoa agar kumpulan SYJ akan melangkah ke final Maharajalawak Mega dan tidak mustahil menjadi juara. Juara rakyat (peoples champ).

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 


Posted via Blogaway

Sabtu, 11 Januari 2014

Malaysiaku Kini

TOLONG BACA KEJAP. JANGAN NAK MALAS SANGAT. KANG KATA BODOH MARAH!!!

''Kamu melihat kebenaran, kamu tahu kebenaran itu tapi kamu tetap memilih kemungkaran''

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal???

Antara MALAYSIA, SINGAPURA & KOREA SELATAN.

Bismillahirrahmanirahim...
Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana-mana parti sama ada yang berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang-orang susah... Untuk diri saya, Alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat teramai ini... Terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak-bapak Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yang bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yang telah memberi undi atau kepercayaan untuk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka... ''Kalau tak suka ...''. Jadi eloklah kita panggil mereka ini ''Menteri kalau tak suka ...''. Saya ingin bertanya kepada anda, jika mereka ini menjadi Ketua Negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yang akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris. Kerana apa saya kata demikian... Kerana mereka tidak berwibawa untuk membela nasib rakyat. Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yang diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaannya. Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yang kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas... Pertama apa yang dilakukan olehnya ialah menghapuskan RASUAH dalam agensi-agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah negara ekonomi sesebuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas. Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yang bernama Kuan Yew ini... Negaranya tiada air... Tapi dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta-juta ringgit setahun. Johor pula kaya dengan air, dijualnya air tapi dibeli dengan harga lebih mahal daripada Singapura... heeeeee....... lucukan? Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dengan keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yang mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yang berminat mengimport tenaga mahir. Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan-jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka. Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singapura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan untuk menjana ekonomi rakyat? Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semulajadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat, malah duit rakyat untuk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya kemanakah duit negara yang banyak itu dibelanjakan??? Apa? 'Hidden Hand'... Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia, mereka telah meminta nasihat daripada Israel untuk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain, Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit. Sebab itu Singapura melayan rakyatnya yang merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus untuk rakyat memikirkan kembali untuk berhenti merokok. Ok tak mengapa.... jangan gaduh-gaduh...
Ye lah Jews bergabung dengan East Jews (bangsa China terkenal juga dengan jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) Kita terbang ke Korea..... Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dengan kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950... Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70-an Korea jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dengan penguasaan teknologinya yang tinggi.
Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia:

a) Korea (1980) - $18,674.44
b) Malaysia (1970) - $5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yang mampu untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yang hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak-agak boleh ke kawan-kawan?
Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas untuk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat sangat tidak meminjam IMF, masih termengah-mengah untuk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan polisi yang ada sekarang? Dari sebuah negara antara yang paling miskin, mereka kini menjadi negara yang paling kaya dengan nilai ekonomi TRILLION. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Tapi sayangnya bukan teknologi Korea ini yang dipelajari atau diminati, tetapi Gangnam Style dan K Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yang dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia... Khasnya orang Melayu bab hiburan nombor satu... heeee...
Kebangkitan Korea dalam bidang automobil awal sedikit dari PROTON. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan, rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia, tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri... 5 kali tukar RM15K. Selain itu antara membuatkan pelik dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABC dan airbag tak ada. Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yang kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari orang miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.
Berbalik kepada negara Korea... Mereka sudah jauh pergi dalam penciptaan elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti SAMSUNG dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama handphone yang paling digemari di seluruh dunia... Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar-pelajar untuk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini. Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yang berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda-benda mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dah 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai... Bagi BR1M balik pilih benda yang sama. Perlu diingat sampai bila kita nak macam ni? Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk dan balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yang kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara. Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah macam halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka. Cukup-cukuplah kata Ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengan nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal. Suruh rakyat berjimat... Ambil subsidi rakyat. Tapi dalam masa yang sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lagi dalam kadar 60-70%. Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan? Lepas tu kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya....... Sebab apa mereka begitu? Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung. Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan... Sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya barulah ia berfungsi dengan baik di Kementerian terbabit sebab Menteri itu tahu kerja dia macam mana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU-MAJU...

Ok persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura & Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada KRONI-kroni terutama untuk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap-tiap tahun. Tak tahu siapa yang lesapkan. Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, UMNO tak ada, tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk Tentera US. Korea tak buat projek Mega, tak buat Istana nak menunjuk-nunjuk, tak buat rumah PM sampai RM250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka. Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai BANGSA PENGGUNA. Manakala Korea Selatan itu BANGSA PENCIPTA. Dalam isu yang lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan. UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ... Mereka ini boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi orang yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.
Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau di ambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma. Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada KRONI masing-masing, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yang pinjam wang pada ALONG, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi,

''Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran''

~ Maka kita anak-anak cucu-cicit kita akan terus berterusan menerima akibat-akibatnya
~ Maka ubah REFORM islah semampu kita.
SENYUM :)

- oleh: Abdullah Dot My