''Kamu melihat kebenaran, kamu tahu kebenaran itu tapi kamu tetap memilih kemungkaran''
Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal???
Antara MALAYSIA, SINGAPURA & KOREA SELATAN.
Bismillahirrahmanirahim...
Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana-mana parti sama ada yang berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang-orang susah... Untuk diri saya, Alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat teramai ini... Terima kasih.
Berdasarkan kenyataan bapak-bapak Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yang bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yang telah memberi undi atau kepercayaan untuk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka... ''Kalau tak suka ...''. Jadi eloklah kita panggil mereka ini ''Menteri kalau tak suka ...''. Saya ingin bertanya kepada anda, jika mereka ini menjadi Ketua Negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yang akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris. Kerana apa saya kata demikian... Kerana mereka tidak berwibawa untuk membela nasib rakyat. Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yang diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaannya. Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yang kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas... Pertama apa yang dilakukan olehnya ialah menghapuskan RASUAH dalam agensi-agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah negara ekonomi sesebuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas. Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yang bernama Kuan Yew ini... Negaranya tiada air... Tapi dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta-juta ringgit setahun. Johor pula kaya dengan air, dijualnya air tapi dibeli dengan harga lebih mahal daripada Singapura... heeeeee....... lucukan? Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dengan keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yang mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yang berminat mengimport tenaga mahir. Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan-jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka. Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singapura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan untuk menjana ekonomi rakyat? Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semulajadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat, malah duit rakyat untuk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya kemanakah duit negara yang banyak itu dibelanjakan??? Apa? 'Hidden Hand'... Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia, mereka telah meminta nasihat daripada Israel untuk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain, Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit. Sebab itu Singapura melayan rakyatnya yang merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus untuk rakyat memikirkan kembali untuk berhenti merokok. Ok tak mengapa.... jangan gaduh-gaduh...
Ye lah Jews bergabung dengan East Jews (bangsa China terkenal juga dengan jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) Kita terbang ke Korea..... Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dengan kita.
KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...
Pada tahun 1950... Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70-an Korea jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dengan penguasaan teknologinya yang tinggi.
Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia:
a) Korea (1980) - $18,674.44
b) Malaysia (1970) - $5,781
Kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yang mampu untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yang hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak-agak boleh ke kawan-kawan?
Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas untuk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat sangat tidak meminjam IMF, masih termengah-mengah untuk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan polisi yang ada sekarang? Dari sebuah negara antara yang paling miskin, mereka kini menjadi negara yang paling kaya dengan nilai ekonomi TRILLION. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Tapi sayangnya bukan teknologi Korea ini yang dipelajari atau diminati, tetapi Gangnam Style dan K Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yang dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia... Khasnya orang Melayu bab hiburan nombor satu... heeee...
Kebangkitan Korea dalam bidang automobil awal sedikit dari PROTON. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan, rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia, tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri... 5 kali tukar RM15K. Selain itu antara membuatkan pelik dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABC dan airbag tak ada. Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yang kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari orang miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.
Berbalik kepada negara Korea... Mereka sudah jauh pergi dalam penciptaan elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti SAMSUNG dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama handphone yang paling digemari di seluruh dunia... Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar-pelajar untuk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini. Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yang berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda-benda mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dah 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai... Bagi BR1M balik pilih benda yang sama. Perlu diingat sampai bila kita nak macam ni? Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk dan balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yang kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara. Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah macam halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka. Cukup-cukuplah kata Ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengan nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal. Suruh rakyat berjimat... Ambil subsidi rakyat. Tapi dalam masa yang sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lagi dalam kadar 60-70%. Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan? Lepas tu kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya....... Sebab apa mereka begitu? Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung. Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan... Sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya barulah ia berfungsi dengan baik di Kementerian terbabit sebab Menteri itu tahu kerja dia macam mana.
KENAPA MALAYSIA TAK MAJU-MAJU...
Ok persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura & Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada KRONI-kroni terutama untuk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap-tiap tahun. Tak tahu siapa yang lesapkan. Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, UMNO tak ada, tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk Tentera US. Korea tak buat projek Mega, tak buat Istana nak menunjuk-nunjuk, tak buat rumah PM sampai RM250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka. Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai BANGSA PENGGUNA. Manakala Korea Selatan itu BANGSA PENCIPTA. Dalam isu yang lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan. UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ... Mereka ini boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi orang yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.
Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau di ambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma. Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada KRONI masing-masing, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yang pinjam wang pada ALONG, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi,
''Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran''
~ Maka kita anak-anak cucu-cicit kita akan terus berterusan menerima akibat-akibatnya
~ Maka ubah REFORM islah semampu kita.
SENYUM :)
- oleh: Abdullah Dot My
Tiada ulasan:
Catat Ulasan